Sweet Potato
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
Sabtu, 29 Mac 2014 | 3:50 PG | 0 Atasinchi

ENCHANTEUR Paris All-In-One Whitening SPF24++ Body Serum RM11.50 (135ml)
ENCHANTEUR Paris Triple Whitening Body Lotion - RM 8.90 (150ml)
ENCHANTEUR Paris Firm & Repair Body Lotion - RM 8.90 (150ml)
ENCHANTEUR Paris Light & Fresh Body Lotion - RM 8.90 (150ml)

Serum Badan ENCHANTEUR Paris All-In-One Whitening dengan SPF24++

Teskstur serum ni pekat sedikit tetapi apabila sudah disapu ia meresap baik ke dalam kulit. Melembabkan kulit sepanjang hari. ENCHANTEUR Paris All-In-One Whitening dengan SPF24++ melindungi kulit daripada bahaya sinar UVA dan UVB. Bagi melindungi kulit daripada tona gelap, pati Licorice akan bertindak mencerah dan sekatakan tona kulit malah ia melembabkan kulit selama 24 jam. Satu serum, pelbagai manfaat. Sebagai pengguna, kita juga perlu tahu mengenai “Hyaluronic Hydration”, ia mempunyai ciri-ciri kandungan yang mengekal tempoh penghidratan selama 24 jam. Ianya adalah satu bahan yang biasanya terkandung dalam produk kecantikan tetapi sekarang ia digunakan dalam serum badan.

Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Triple Whitening

Losyen ini memiliki 3 bahan pencerahan berformulasi mencerahkan kulit tiga kali ganda. Tekstur berasaskan air dan mudah meresap. Ia sangat sesuai untuk disapukan di bahagian – bahagian tertentu pada badan yang lebih gelap dari bahagian lain terutamanya  lutut, siku, celah peha, bawah ketiak dan dibelakang leher.  Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Triple Whitening mempunyai intipati Sakura, Licorice dan Vitamin B3 yang bertindak serentak bagi menyekat pembentukan melanin bagi mencegah pigmentasi.ehhehe aku pakai yang ini wangi sangat :)

Losyen badan ENCHANTEUR Paris Light & Fresh

Bagi yang memiliki kulit kering atau sering mengelupas. Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Light & Fresh adalah losyen yang sesuai untuk masalah seperti itu. Cuaca panas sering membuat badan dehidrasi. Akibat daripada itu, kulit akan mnunjukkan tanda-tanda kekeringan. Dengan pati Aloe Vera yang terkenal dengan melindung dan memberi kelembapan. Kulit anda akan memiliki manfaat kulit cerah, segar dan lembap sepanjang hari walaupun seharian sibuk dengan aktiviti luaran yang padat. Losyen ini sangat segar dan tidak melekit.

Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Firm & Repair


Losyen ini membantu memperbaiki keanjalan kulit dan merawat kulit rosak dalam satu malam. Tetapi ia bukanlah losyen yang dikhaskan kepada sesetengah peringkat umur. Bila dengar Firm & Repair mesti ingat losyen ini khas untuk mereka yang berumur 50-an. Hehehe. Takkanlah dah meningkat usia baru nak jaga kulit kan. Lebih baik mulakan dari sekarang. Masih belum terlambat. Gaya hidup yang sibuk dan penuh tekanan serta kurang tidur membuatkan kita semua terdedah kepada penuaan kulit pra matang yang mengakibatkan kulit kelihatan kusam dan kendur sebelum usia.  Memiliki Micro Collagen dan Swiss Edelweiss, Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Firm & Repair membantu memperkuat dan memperkaya tisu badan dan melindungi kulit daripada radikal bebas akibat sinaran UV.



awok-awok sume tengok kat atas tue , tue sume fungsi losyen yang ade kat atas tue..
hehheh i beli yang warne pink tau , harum sangat dengan wangian sakura ermm..sangat wangi dan sangat lembut baunye...cume losyen ni tak tak tahan lama bau nye seperti bau losyen ecnhanteur yang lain . losyen baru paris ni sangat la berpatutan harganya, dan sume nye wangi2 belaka wau !! gitu !! yang len tue otway la kan nak beli tengah kumpul duet hehe bese la budak SPM belom lagi dah keje, dah keje tue lain la boleh beli sume sekali gus kan2 ?? heheheh bedway uad mse ni i gune yang pink tue , bila pakai lembut je kulit ni , best aw bila dibelai-belai..hehehe okey la sampai kat sini je nnti kite story2 agy eh..tata
PAST FUTURE


_______________________________________
◕ it's me ◕


Holla ! my name is nur athiqah call me atiqah . :)
Bisik ku pada bulan Kembalikan temankuKekasihku, syurgakuTanpa dia malam menemaniku Sepi memelukkuBulan jangan biar siang biar malam ini kelam Biar ia sepi sepertiku ♥♥♥.
_______________________________________
◕ Shout Here ◕


◕ Shout Here ◕


_______________________________________
◕ Music ◕




Gratisan Musik
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google